CAT'S NEWS

Cat & the Fiddle saji manisan merah putih ‘Meow-julah 60’ sempena SG60

ON 27 June 2025

By: Berita Harian

Sempena ulang tahun ke-60 Singapura, Cat & the Fiddle, menyajikan Meow-julah 60, satu set pencuci mulut edisi terhad yang membangkitkan semangat kebangsaan dengan sentuhan nostalgia.

Cat-and-the-Fiddle-NDP-SG60-Set-Lifestyle-with-confetti.jpg__PID:adce9268-ffac-4338-8dc6-ca0dfcecf9bc

Set itu yang mula dijual hingga 9 Ogos 2025, boleh ditempah dalam talian dan di semua cawangan Cat & the Fiddle, pada harga $46.60.

Ia mengandungi tiga sajian manis bertema merah dan putih: kek keju strawberi bersaiz kecil yang berkrim dengan buah strawberi, set makarun (manisan Perancis) dengan perisa Red Velvet yang kaya dengan rasa koko dan keju krim, Strawberry Lychee yang ringan dan segar, serta Lychee Rose yang harum dan ringan.

Turut disertakan ialah eklair strawberi (sejenis pastri Perancis) yang diisi dengan krim keju berperisa strawberi, dilapisi coklat putih, ditabur kelapa parut, dan dihiasi coklat berbentuk bunga daisi.

Pencuci mulut itu diilhamkan daripada kenangan menyambut Hari Kebangsaan semasa di bangku sekolah, menerima beg cenderahati, berkumandang lagu ikonik Home, dan percikan bunga api.

Ia dihasilkan oleh cef pastri tempatan, Daniel Tay, yang terkenal dengan ciptaan kek keju dengan cita rasa Asia.

Jenama Cat & the Fiddle yang ditubuhkannya amat terkenal dengan kek keju yang boleh ditempah dalam talian.

Dengan lebih 20 pilihan rasa, termasuk Milo Dinosaur, Mao Shan Wang Durian, Tangy Yuzu dan Pistachio Raspberry, jenama tersebut ingin memikat hati pencinta kek dan melebarkan sayap ke pasaran antarabangsa.

Pelanggan boleh membelinya di enam cawangan serata Singapura termasuk Junction 8, City Square Mall dan Woods Square atau melalui laman web, https://www.catandthefiddle.com/

NEWSLETTER SUBSCRIPTION

Be the first to know about our special offers, new product launches, and events.